kredit:borneotoday

TUARAN: Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow, 73, meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, petang semalam.

Mayat mendiang dibawa pulang ke Kampung Tagai, dekat sini, sebelum dibawa ke Fook Lu Siew Funeral Parlour pada petang ini dan dibakar jam 10 pagi esok.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Zoy Orow, dan dua anak.

Monggoh, anak kelahiran Tuaran yang menjadi Ahli Parlimen Tuaran dari 1990 hingga 1994, adalah Presiden Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud Sabah, selain aktif sebagai ahli Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Dalam Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud pula, Monggoh bergiat sepenuh masa membuat penyelidikan dan pendokumentasian bahasa ibundanya sehingga berjaya menerbitkan Hatod Suang Lotud dalam bentuk kamus.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau, dalam satu kenyataannya menyampaikan takziah kepada keluarga Monggoh dan berharap mereka akan terus tabah menghadapi saat sukar berkenaan.

“Ingatan dan doa saya untuk keluarganya, terutama ketika ini yang sepatutnya adalah masa untuk kegembiraan.

“Doa tulus saya untuk mendiang yang banyak memberikan saya bimbingan dan pengalaman yang amat saya hargai,” katanya sambil menambah Monggoh akan dikenang kerana kepemimpinan serta visi mendiang bagi Tuaran. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here