Hari persekolahan telah pun bermula, mesti ramai ibu bapa teruju terutamanya apabila anak mereka pertama kali menjejak kali ke alam persekolahan.

Kita dapat lihat banyak banyak cerita-cerita lucu di awal persekolahan ini, ada yang menangis sewaktu pertama sekali di sekolah, ada juga yang aktif dan gembira bertemu rakan-rakan baru.

Satu kisah lucu juga yang dipetik dari facebook Puan Hasmi Samsuddin,Kota Kinabalu, iaitu kisah ragam anaknya yang baru 2 hari sekolah (3 Januari lepas), menurut dialog dalam status facebooknya tersebut, dia berikan anaknya duit belanja RM2 tapi balik dapat RM4.

Ragam anak sekolah, baru 2 hari sekolah mcm2 hal abg eccer belajar..bagi belanja sekolah rm2, balik rm4 🤔..

Abg eccer : mama mana tabung abg?
Aku : buat apa tabung?
Abg eccer : mau tabung duit
Aku : aik, mn dpt duit
Abg eccer : mama bagi tdi
Aku : mama bagi kan rm2, knp ada rm4? ambil duit kwn ka?😡
Abg eccer : mana ada abg ambil duit kwn, abg JUAL BELALANG..
Aku : [email protected]#$%^&*()🤦‍♀️
mama hantar pegi sekolah utk jdi pelajar bukan penjual nak😪😓😵😡🤬
Abg eccer : 😢😭😭😭😭😭

nda pasal2 kena smackdown oleh mama 💪💪

Status ini juga telah menjadi viral dengan likes mencecah 6.6k likes, 1.7 komen dan 4k shares. Rata-rata netizen juga memberikan respon positif, dan banyak juga netizen yang mendoakan semoga adik ini menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

Boleh lihat lebih banyak komen melalui post status ini :

p/s Admin pun doakan anak akan menjadi seorang usahawan yang berjaya ya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here