PENYANYI kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba rebah dan pengsan ketika menyanyikan lagu Aqilah di Konsert Gempak NEGERI fm, malam tadi.

Konsert berlangsung di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Floor 88 menerusi perkongsian video persembahan itu di Instagram mereka memohon maaf kepada pengunjung yang hadir.

“Kami Floor 88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak NEGERI fm. Kami akan kongsi perkembangan penuh keadaan kesihatan Ayie. Terima kasih pada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie ” tulisnya dalam perkongsian itu.

Dalam video berdurasi 1 minit itu menyaksikan Ayie menyanyi sebelum dia tiba-tiba rebah. Dia kemudian dibantu anggota Floor 88 dan kru pentas sebelum diangkat ke belakang pentas.

Difahamkan, Ayie menyanyi dalam keadaan kurang sihat. Di awal persembahan, Ayie kelihatan serba tidak kena termasuk vokal tidak sampai dan tenggelam timbul.

Sumber : My Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here