Home Berita / Isu Semasa 3 KES DIKESAN KORONAVIRUS DI MALAYSIA

3 KES DIKESAN KORONAVIRUS DI MALAYSIA

0
3 KES DIKESAN KORONAVIRUS DI MALAYSIA

Koronavirus merupakan virus baru yang muncul dan tidak pernah dihadapi sebelum ini.Virus ini merupakan anggota keluarga virus yang merangkumi selesma biasa dan virus seperti “SARS” dan “MERS”.

Image result for koronavirus

Virus ini dikatakan adalah “2019-nCov” ataupun “novel Koronavirus”.Virus ini berasal dari haiwan. Kebanyakan mereka yang dijangkiti sama ada bekerja atau sering  berbelanja di pasaran borong makanan laut Huanan di pusat bandar China, yang juga menjual haiwan hidup dan baru yang disembelih. 

Menurut WHO, koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (Sars) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV).

“Tanda biasa jangkitan termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas.

Image result for koronavirus

“Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut,” kata organisasi kesihatan itu.

Menurut laporan berita terkini Reuters, selain China di mana virus itu mula dikesan, 11 negara lain telah mengesahkan kes jangkitan koronavirus.

Mereka adalah Thailand, Vietnam, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Nepal, Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia.

Image result for county infected koronavirus

 

Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat hanya tiga kes positif yang melibatkan tiga pelancong dari Wuhan, China.Mereka ialah seorang nenek berusia 66 tahun dan dua orang cucu berumur dua tahun dan 11 tahun.

Kesemua mereka mempunyai hubungan dengan dua lelaki yang telah diuji positif koronavirus di Singapura pada 22 Januari lalu.

Dzulkefly berkata ketiga-tiga pesakit itu telah tiba di Johor dari Singapura pada 23 Januari bersama-sama dengan lima yang lain dan telah dikuarantin di hotel selepas dimaklumkan oleh rakan sejawatannya dari Singapura.

Hasil keputusan ujian lapan individu itu diperoleh lewat malam tadi, dan pihak berkuasa kesihatan telah membawa dua kanak-kanak itu dan nenek mereka ke Hospital Sungai Buloh untuk dimasukkan ke wad pengasingan dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, lima yang lain dilapor negatif termasuk ibu kanak-kanak yang didapati positif virus tersebut sebelum ini dan dia dibenarkan berada di Hospital Sungai Buloh untuk menjaga anak-anaknya dengan pengawasan ketat oleh kakitangan .Empat daripada mereka telah meninggalkan Malaysia untuk kembali ke China.

Menteri kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguh perjalanan ke China berikutan wabak koronavirus kecuali atas urusan penting yang tidak boleh dielakkan.

Sekiranya masih perlu melawat negara itu, mereka dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti membasuh tangan menggunakan sabun, menggunakan pensanitasi tangan dan mengenakan topeng muka.

Mereka juga dinasihatkan mengelak mengunjungi tempat tumpuan ramai, ladang haiwan ternakan, pasar yang menjual binatang hidup, pusat sembelihan dan tidak menyentuh sebarang jenis haiwan.

Semasa dalam tempoh lawatan juga, dinasihat elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

Mereka yang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan juga perlu memaklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.WHO juga turut membuat saranan yang sama.

Sumber : Malaysiakini