Home Blog Page 3

BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI BARANG KELENGKAPAN SEKOLAH..

0
sumberphoto: blogspot tentang yaya

2019 sudah menghampiri penghujungnya,2020 bakal tiba dan tidak lama lagi hari persekolahan akan bermula.

Misi mencari barang kelengkapan sekolah akan bermula,disinilah ibu bapa akan mulai sibuk merancang hari yang sesuai untuk membeli barang kelengkapan. Namun,ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli bagi mengelakkan pembaziran.

Berikut kami kongsikan pada ana tips membeli brang kelengkapan sekolah.

  1. Senaraikan Barang Yang PERLU Dibeli Sahaja

Bagi mengelakkan anda keliru semasa membeli,lebih baik anda senaraikan barang  yang perlu dibeli.Senaraikan juga anggaran bajet dan harga barang bagi mengelakkan terlebih bajet.

  1. Tidak Semestinya Barang Baru!

Barang kelengkapan tidak semestinya barang baru.Barang yang masih elok,boleh digunakan semula.Berjimat cermatkan amalan mulia

  1. Survey Harga

Senaraikan 2 atau 3 kedai yang anda boleh survey harga.Perbandingan harga amat perlu kerana ada barang yang mempunyai kualiti yang sama tetapi harga yang berbeza. Biarlah beli dengan harga murah sedikit tetapi mempunyai kualiti yang bagus.

  1. Tak Perlu Beli Jenama Terkenal

Anda tidak perlulah membeli barang yang berjenama,cukuplah melihat kualiti barang tersebut sahaja.Jenama sesuatu barang tidak menjamin kualiti dan jenama juga tidak mempengaruhi kejayaan anak anda.

Berbelanjalah mengikut kemampuan. Anda perlu faham tahap kemampuan anda.Usah paksa diri.

10 ARTIS MALAYSIA KELAHIRAN ANAK JATI SABAH (Part 1)

1

Mungkin bukan semua orang Sabah mengenali artis Malaysia yang asalnya adalah kelahiran anak jati Sabah.Anak jati kelahiran Sabah ini telah pun menaikkan industri muzik dan industri lakonan di Malaysia.Oleh itu,saya ingin berkongsi dengan anda tentang 10 artis Malaysia yang berasal dari sabah.

 

1.Stacy
Stacy adalah penyanyi dan penulis lagu yang semakin terkenal selepas memenangi musim keenam Akademi Fantasia dan album pertama “Aku Stacy” dikeluarkan pada 9 Mac 2009.Dia juga dikenali sebagai “Dancing Queen Malaysia”dan telah dinamakan sebagai “Ratu Pop”.

Sumber : Instagram @stacyanam
Sumber : Instagram @stacyanam

Stacy adalah anak kelahiran jati sabahan dari penampang,Sabah.Dilahirkan pada 18 ogos 1990.Telah pun berkahwin dengan artis iaitu Akim Ahmad dan telah memeluk islam.

2.Wawa Zainal
Nur hawa binti Zainal Abidin atau dikenali sebagai Wawa Zainal adalah seorang pelakon dan model Malaysia.Dia terkenal kerana membawa watak Bunga dalam drama “Ana Lu’lu”.Dilahirkan pada 12 Mac 1991 dan berasal dari Lahad Datu,Sabah. Telah pun berkahwin dengan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia iaitu Aeril Zafrel.

Sumber : Instagram @w4w4_zainal

Sebelum memasuki dunia lakonan,Wawa telah pun memasuki industry pemodelan pada usia 12 tahun.Kerjayanya sebagai model hanya sekejap sahaja dan mula berkerja sebagai pelakon untuk  Metrowealth (MIG) dan telah membintangi pelbagai filem dan drama yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Sumber : Instagram @w4w4_zainal

3.Ayie Elham
Nik Fadlee Elhamshah atau dikenali sebagai  Ayie Floor 88 merupakan vokalis kumpulan Floor 88.Menerusi Floor 88, Ayie memperjuangkan genre muzik pop rock,altenative pop dan rock.Bernaung di bawah syarikat rakaman MVM Production Sdn Bhd dan Universal Music Ltd.

Related image
Sumber : Google

Merupakan pelajar dalam jurusan ijazah Sarjana Muda Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).Dilahirkan pada 7 Julai 1997 dan berasal dari Tawau,Sabah.

Related image
Sumber : Google

4.Richael Lawrence Gimbang
Richael Lawrence Gimbang atau dikenali sebagai Rich merupakan salah seorang pelajar Akedemi Fantasia musim keempat.Sebelum menyertai Akademi Fantasia,Rich pernah menganggotai band-band “indie” seperti Psyklone dan Estranged.

Image result for rich gimbang
Sumber : Google

Sehingga kini beliau masih menjadi vokalis untuk kumpulan Estranged.Dilahirkan pada 28 Julai 1982 dan berasal dari Penampang,Sabah.Beliau sudah berkahwin dengan artis  Sabah iaitu Velvet Aduk.

Sumber : Instagram @richaelgimbang

5.Bella Astillah
Dayang Nabellah binti Awang Astillah atau lebih terkenal sebagai Bella Astillah merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.Beliau merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astillah.

Image result for bella astillah
Sumber : Google

Bella Astillah dilahirkan pada 15 Mac 1994 dan berasal dari Sandakan,Sabah.Beliau masih melibatkan diri dalam industri lakonan dalam drama “Cinta Belum Tamat Tempoh” sebagai Qaisara (2019).

Image result for bella astillah
Sumber : Google

6.Wani Kayrie

Syazwani binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.Beliau terkenal menerusi lagu “Jangan Jangan”.Wani mula menyanyi seawal usia 6 tahun dan pernah menyertai satu pertandingan nyanyian di Los Angeles,California dan Amerika Syarikat.

Image result for wani kayrie
Sumber : Google
Image result for wani kayrie
Sumber : Google

Beliau mengikat kontrak Bersama Suria Records (SRC) yang pernah di menaungi Datuk Siti Nurhaliza dan seterusnya muncul Bersama single sulungnya “Jangan Jangan”. Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam program “Big Stage”.

Wani Kayrie memperjuangkan genre pop dan R&B.Dilahirkan pada 17 Mei 2000 dan berasal di Sandakan,Sabah.

7.Andi Bernadee
Andi Azrul bin Andi Mapangile atau dikenali sebagai Andi Bernandee merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.Beliau terkenal menerusi lagu “Satu Peluang”.Selain tu, Beliau turut mengambil bahagian dalam program “Big Stage”.

Sumber : Instagram @andibernadee

Beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia.Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah “Aku Bukan Abang Toyib” mendapat perhatian umum.

Sumber : Instagram @andibernadee

Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global dan Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu “Tak Tun Tuang”.Beliau dilahirkan pada 30 November 1991 dan berasal dari Kota Kinabalu,Sabah.

8.Wafiy Ilham
Mohd Wafiy Ilhan Johan atau juga dikenali sebagai Wafiy Ilham merupakan artis remaja Malaysia yang menceburi industri seni selepas menyertai program pencarian bakat “Ceria Popstar” di Astro.

Sumber : Instagram @wafiy_ann
Sumber : Instagram @wafiy_ann

Wafiy kini menceburi industri lakonan dan menjadi pelapis kepada pelakon dan penyanyi sedia ada di Malaysia.Selain itu,dia juga telah menjadi pengacara dalam rancangan tv.

Wafiy dilahirkan pada 8 september 2002 dan berasal di Beaufort,Sabah.Tetapi dia menetap di Shah Alam,Selangor.

9.Marsha Milan
Marsha Milan Londoh adalah penyanyi dan pelakon Malaysia.Marsha mendapat perhatianuntuk menjadi peserta dalam peraduan pertunjukan realiti Malaysia Akademi Fantasia, Musim 3, di mana dia memenangi tempat keempat.

Image result for marsha milan
Sumber : Google

Pada 2013, Marsha menggelar suara Elsa dalam lagu Malaysia Disney’s Frozen dan menyanyikan lagu judul Bebaskan versi Melayu “Let It Go”, filem Disney kedua yang digelar dalam Bahasa Malaysia untuk pelepasan pawagam selepas Tarzan (1999).

Related image
Sumber: Google

Beliau dilahirkan 6 Discember 1985 dan berasal dari Tamparuli,Sabah.Beliau sebelum ini beragama Kristian dan telah pun memeluk islam selepas berkahwin.

10.Azwan Kombos
Mohamad Al-Azwan bin Kombos merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.Beliau sangat bergiat aktif dalam menceburi dalam industri lakonan.Beliau telah banyak melibatkan diri dalam perfileman,drama  dan telefilem .

Related image
Sumber : Google
Image result for azman kombos
Sumber : Google

Pada tahun 2018, beliau memegang watak sebagai adik inspektor Khai dalam filem “Polis EVO 2” yang diarah oleh Joel Soh Kyle Goonting.Selain itu,Beliau juga pernah berlakon dalam drama “Mak Cun” dan memegang watak sebagai Kamarul pada tahun 2015.

Azwan Kombos adalah anak kelahiran Kota Belud,Sabah dan dilahirkan pada tahun 1985.Beliau sudah berkahwin dengan artis pelakon wanita Malaysia iaitu Ezzaty Abdullah pada tahun 2016.

Kesimpulan

Dengan adanya bakat kelahiran anak jati Sabah ini telah menaikkan industri muzik dan lakonan di Malaysia.Semoga mereka kekal dalam industri yang mereka ceburi.Yang paling penting jati diri sebagai anak sabahan perlu dikekalkan.

 

KEKAL MISTERI SETELAH 23TAHUN BERLALU

0
SUNGAI Pampang di pinggir pekan Keningau mengalir tenang selepas 19 tahun tragedi Ribut Tropika Greg berlalu. Tragedi itu meragut nyawa ratusan penduduk. - Foto Lano Lan

SUNGAI Pampang yang mengalir tenang di pinggir pekan Keningau, di Sabah, seolah-olah menyembunyikan amukan ganas Ribut Tropika Greg, yang berlaku sehari selepas Krismas, 23 tahun lalu.

Melihat keadaannya hari ini dengan air jernih mengalir perlahan di celah-celah batu, sukar dipercayai ia pernah meragut kira-kira 300 nyawa dalam tempoh hanya beberapa jam akibat limpahan air dan arus deras.

Tragedi hitam awal pagi pada 26 Disember 1996 itu tidak sempat dielak penghuni rumah berhampiran tebing Sungai Pampang, dengan kebanyakan mereka masih tidur. Tiada siapa yang dapat menduga, rumah yang dianggap kukuh, hanyut sekelip mata.

Hari ini, hanya saiz yang membezakan keadaan Sungai Pampang, dengan lebar 10 meter hingga 20 meter berbanding hanya satu meter hingga lima meter sebelum Ribut Tropika Greg.

Tiada lagi penempatan di tebing sungai itu, kecuali beberapa rumah atau pondok dibina pekebun yang mengusahakan kebun sayur di kawasan rizab sungai.

Semak-samun dengan rumput panjang dan rumpun buluh memenuhi tebing Sungai Pampang, selain sampah-sarap dan sisa kumbahan di bahagian hilirnya.

Pada 26 Disember 1996, kira-kira jam 4 pagi, air Sungai Pampang melimpahi tebing dan mengalir deras bersama lumpur serta batang kayu balak yang dihanyutkan dari hulu sungai di Banjaran Crocker.

Aliran air bercampur lumpur dan kayu balak yang kuat meranapkan apa saja yang berada di sepanjang tebing Sungai Pampang, termasuk rumah dan kenderaan serta binaan lain seperti jambatan gantung.

Antara kampung yang terjejas di sepanjang Sungai Pampang ialah Kampung Bulu Silou, Pampang, Motou, Agudon, Masak, Contoh, penempatan masyarakat Toraja, Indonesia; Kampung Masjid dan Limbawan.

Hanya jambatan Sungai Pampang berhampiran Kampung Limbawan, yang menghubungkan pekan ini dengan Tenom tidak terjejas dan masih kukuh hingga hari ini.

Timbul persoalan dari mana air yang terlalu banyak hingga melimpahi tebing Sungai Pampang, seperti ditimpa empangan pecah, masih menjadi misteri.

“Ada cerita tersebar ketika itu, kononnya beberapa hari sebelum kejadian, ada orang tua datang ke sebuah rumah berhampiran Sungai Pampang yang sedang mengadakan keramaian untuk meminta air, namun penghuninya tidak mengendahkannya, malah mengejeknya pula.

“Orang tua itu kemudian menjawab akan memberikan air yang banyak jika benar penghuni di rumah itu tiada air. Maka, terjadilah limpahan air yang sangat banyak di Sungai Pampang hingga menyebabkan banyak kerosakan dan kehilangan nyawa,” katanya.

Berdasarkan pemantauan di hulu Sungai Pampang di Banjaran Crocker selepas kejadian, ada kesan takungan air di tanah tinggi itu akibat hujan berterusan berikutan pembentukan siklon tropika di Laut China Selatan, kemudian dikenali sebagai Ribut Tropika Greg.

Hujan berterusan beberapa hari sebelum kejadian menyebabkan jumlah air bertakung di kawasan terbabit bertambah sebelum `pecah’ dan melimpahi Sungai Pampang pada 26 Disember 1996 dan surut kira-kira empat jam kemudian.

8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT

0

Akhir-akhir ni kita saksikan kerap berlaku hujan lebat lebih-lebih lagi semasa musim tengkujuh ini, jadi adalah penting untuk kita mengetahui tips memandu ketika hujan (atau hujan lebat) bagi memastikan keselamatan anda sebagai pemandu dan juga penumpang lain selamat tiba ke destinasi.
Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, berikut merupakan antara tips-tips penting yang mungkin boleh mengelakkan anda di timpa musibah semasa pemanduan

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
(Sila semak semula buku panduan lesen L.)

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

8. Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya

Fakta Menarik Tentang Ranau Oleh Dr Ramzah Dambul

0

 

 

Apa yang perlu anda tahu tentang Ranau?

Masyarakat Dusun daerah Ranau dikenal sebagai Bundu-Liwan. Ada juga variasi kecil suku-suku lain di sini, seperti Tinagas, Tindal, Tagahas, etc. Tapi majoriti adalah suku Bundu dan Liwan. Ini dua etnik Kadazandusun terbesar di Sabah yang dialeknya diangkat sebagai rujukan piawai bagi bahasa baku kaum ini.

Ranau ada banyak tarikan budaya dan alam semulajadi yang eksotik. Nunuk Ragang, yang mencitrakan asal-usul rumpun natif Momogun, berpasak di daerah ini. Sebuah tugu budaya dimahsyurkan di Ranau, khusus bagi memperingati lagenda Nunuk Ragang, yang dilangsungkan dengan upacara penuh tradisi setiap tahun.

Ranau juga ada Gunung Kinabalu, yang bukan saja satu struktur ajaib geologi — bahkan juga disulami mitos Aki Nabalu yang unik.

Gunung Kinabalu (Kredit Foto: Kee Zain)

Taman air panas Poring pun ada, yang terhasil dari termal semulajadi kerak bumi. Boleh berendam hangat-hangat dengan haba bersulfur yang memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Tidak jauh dari Poring, Sungai Luanti menempatkan “sistem tagal” terawal di Sabah. Boleh berenang bersama ikan-ikan jinak dalam sungai terbuka yang jernih dan sejuk.

Sistem tagal di Sabah (Kredit Foto: Noor Zamri Sudin)

Khazanah flora tidak kurang hebatnya. Hutan khatulistiwa (menandingi Amazon dari segi bioversiti) di sekitar pergunungan Nabalu ditumbuhi periuk kera, orkid liar dan paku-pakis dengan koleksi spesies terbesar di dunia. Selain itu, raflesia yang diiktiraf bunga paling gergasi alam semesta juga boleh dijumpai di daerah ini.

Orang sudah tahu, tapi ramai yang kadang-kadang lupa. Daerah ini turut menyimpan dua peristiwa berdarah paling ikonik dalam sejarah Sabah. Pertama, Ranau sebagai kubu terakhir Mat Salleh, sebelum tumpas dalam pergelutan menentang penjajah Inggeris.

Kedua, daerah ini juga menjadi persinggahan finale bagi episod “death march” — tentera Australia yang ditawan Jepun dan dipaksa berjalan kaki merentas rimba tropika dari Sandakan ke Jesselton (Kota Kinabalu). Tapi perjalanan maut itu tamat di Ranau, apabila hanya tinggal tujuh tawanan yang mampu bertahan (the last survivors).

Memang daerah ini istimewa. Sehingga kini, Ranau juga telah muncul antara daerah di Sabah yang paling ramai menghasilkan graduan dan profesional. Ditambah glamour lagi dengan kemunculan idola seni dan personaliti berbakat. Masih ingat Nazeri? Anak Dusun Ranau ini pernah meneraju Raihan, pencetus revolusi nasional bagi genre nasyid kontemporari. Ini grup padusuara paling sukses dalam sejarah muzik Malaysia.

Nazrey Johani iaitu bekas vokalis utama Raihan

Pada era kegemilangan, mereka tembus pasaran sampai ke Indonesia. Album pertama (Puji Pujian, 1996) sudah mencecah jualan satu juta. Rekod pencapaian ini belum dipecahkan oleh mana-mana artis Malaysia. Siti Nurhaliza pun tak mampu, dik.

Ranau juga ada penyanyi adik beradik Adira dan Emma (AF8), Linda Nanuwil (AF2) serta Feli Stacy (juara Bintang Kecil Kebangsaan 2016). Mereka antara pesona yang telah mewarnakan tv realiti Malaysia secara signifikan.

Selain itu, Ranau melahirkan pemain seruling bambu bertaraf dunia, Khamarul Azman. Dia dinobat juara kategori instrumen kreatif dalam World Championship of Performing Arts 2016 di Hollywood.

Khamarul Azman Bin Kowasin memenangi pingat emas di Gold Medals in the World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2016 (Kredit Foto: Borneo Holidays)

Yang terbaru, kejayaan luarbiasa Adam @ Muhammad Adam Muhibullah, seorang Dusun mualaf — yang mengungguli Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6.

Muhammad Adam Muhibullah dari Ranau Sabah yang telah muncul sebagai juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Keenam (Kredit Foto: Juisa Jakla)

Saya anak jati Bunduliwan Ranau, generasi 70-an. Semasa darjah satu, saya berjalan kaki ke sekolah, lebih 15 km (pulang balik) setiap hari. Merentas di celah-celah denai hutan belukar di lereng-lereng banjaran Crocker. Ketika itu, masa depan yang mampu saya jangkau hanyalah kehijauan sekeliling dan kesegaran hawa gunung. Yang manis terlindung dari segala gangguan urban, tapi sayangnya turut tersembunyi dari aneka kemajuan.

Tidak pernah terdetik di hati kerdil, bahawa suatu ketika nanti lanskap masa depan daerah ini akan berubah dinamik dan komuniti yang selama ini terpinggir dalam kepompong kecil — akan menempah nama di jagat nasional dan antarabangsa. Serius, impian-impian begitu cuma sebuah mimpi yang terasa begitu jauh, pada zaman itu.

TETAPI, jangan kagum terduduk selepas membaca nukilan di atas. Meski pun Ranau telah melakukan anjakan yang cukup sakti dalam tempoh tiga dekad; serta menawarkan tarikan geografi, sejarah dan sosiobudaya yang begitu indah dengan pelbagai keunikan tersendiri — semua itu bukan aset paling berharga di daerah ini. Masih ada satu rahsia penting, yang ramai orang luar belum tahu.

Apakah? Mari saya kongsi kebanggaan paling agung di daerah tercantik Malaysia ini — iaitu, tradisi “pisompuruan”. Ini satu manifestasi perpaduan markat tertinggi. Di daerah ini, tidak ada prejudis yang dijurangi oleh perbezaan agama. Tidak ada diskriminasi kerana berlainan bangsa. Seluruh penduduk diikat dengan intim oleh tali persaudaraan manusiawi.

Di daerah ini, tidak ada konsep dominasi dan ketuanan bangsa. Ada banyak orang Cina yang fasih bertutur Dusun. Yang Dusun, ramai menghantar anak ke sekolah Cina. Yang Muslim, tidak ada isu mengizinkan anak belajar di sekolah Anglikan dengan lambang salib di dewan perhimpunan.

Ya, masjid, tokong dan gereja boleh megah berdiri sebelah menyebelah, mengisi ruang sepunya dalam lingkungan jarak kurang seratus meter. Di tempat majoriti Islam, penganut Katolik boleh membina gereja tanpa halangan. Begitu juga, masjid boleh didirikan tanpa sebarang soal di tengah-tengah perkampungan Kristian. Bahkan, komuniti yang berbeza agama boleh bekerjasama membangun dan menjaga rumah ibadat masing-masing.

Contoh paling misali, Kundasang — sebuah desa pergunungan di Ranau, tempat kelahiran saya. Ia didatangi mubaligh Islam Jawa sekitar tahun 50-an. Menjelang penghujung 60-an, majoriti penduduk tempatan sudah memeluk Islam. Memasuki dekad 70-an dan 80-an, Kundasang sudah tegar dikenali petempatan Dusun Muslim.

Tapi menjelang 90-an, para pemodal Cina sudah mula bermukim di Kundasang untuk membangunkan industri komersial sayur-sayuran hawa sederhana. Kemudian diikuti orang Timor dan Tator dari Indonesia, yang berhijrah masuk sebagai pekerja sektor pertanian moden ini. Sekarang sudah ada tokong dan gereja di Kundasang bagi memenuhi keperluan spiritual komuniti migran, meski pun jumlah mereka sangat minoriti.

Setiap agama mengajar penganutnya tentang toleransi dan harmoni. Inilah pegangan yang menjadikan kita semua lebih memahami dan saling bersikap adil antara satu sama lain. Kalau bersengketa kerana agama, itu sangatlah ironik.

Memang. Ranau ini destinasi pelancongan yang kaya bermacam tarikan menawan kalbu. Tapi bukan itu saja kelebihannya. Daerah ini juga memberi seribu nilai yang memanusiakan insan. Mari, datang sini. Kita sama-sama nikmati pesona alam dan budaya, serta cinta sejagat sesama makhluk Tuhan.

Artikel ini ditulis oleh Prof Madya Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Ketua Setiausaha MESTEC (Ministry of Energy, Science, Technology and Climate Change Malaysia). Berasal dari Ranau Sabah. Semoga perkongsian dari tulisan beliau boleh memberi pengetahuan tentang keindahan dan keistimewaan Ranau.

Sumber: FB Rem Dambul

All copyrights for this article are reserved to Sejarah Sabah

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Wafiy Ilhan

0

biodata wafiy

Kredit foto: Instagram @wafiy_aan

BESARKAN TEKS
A-
A+

Nama Wafiy Ilhan mula menjadi perhatian selepas penyertaannya dalam program Ceria Popstar anjuran saluran Astro Ceria.

Hakikatnya, bintang remaja kelahiran Sabah ini bukanlah nama baharu dalam dunia hiburan kerana pembabitannya sebagai anak seni sudah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kini Wafiy menjadi antara selebriti pelapis yang mendapat tempat di kalangan peminat muda dengan jumlah pengikut Instagram yang menghampiri angka satu juta.

Biodata

1. Nama penuhnya, Mohd Wafiy Ilhan Johan. Menggunakan nama komersial, Wafiy, Wafiy Aan dan Wafiy Ilhan.

2. Berusia 17 tahun (2019).

3. Berasal dari Beaufort, Sabah.

4. Kediamannya kini terletak di Shah Alam, Selangor.

5. Anak kepada pasangan Johan Ag Baba dan Sunarti Apuksai.

6. Anak sulung daripada empat adik-beradik.

7. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort Tiga, Sabah.

8. Meminati bidang seni sejak zaman kanak-kanak lagi di mana beliau telah bergelar artis sejak berumur lima tahun.

9. Bakatnya dicungkil daripada saluran Astro Ceria melalui program Tom Tom Bak kelolaan Datuk Aznil Nawawi.

10. Popularitinya melonjak naik menerusi pertandingan Ceria Popstar musim pertama meskipun hanya bertahan di peringkat separuh akhir sahaja.

11. Kini bergelar pelakon, penyanyi dan pengacara.

12. Antara drama dibintanginya seperti Super Game Boy, Wira, Dee, 3 Campur 2,Geng UPSR dan The Mouseketeers Club Mickey Mouse versi Malaysia. Termasuk telefilem Gostan, Kasut Bola Pink, filem Warkah dan banyak lagi.

Fakta Menarik

  • Adik kandungnya, Mohd Hamizan Izhan juga merupakan pelakon yang turut sama-sama membintangi telefilem Gostan bersamanya.
  • Pernah bertanding dalam Ceria Megastar menerusi kumpulan duo ‘Warissa’ bergandingan dengan Erissa Puteri, peserta daripada Ceria Popstar 2.
  • Ingin menjadi penghibur versatil, kerana itu dia turut mengambil inisiatif mempelajari ilmu tarian.

Foto

wafiy ilhan

wafiy aan

wafiy age

wafiy ilhan height

wafiy ilhan girlfriend

wafiy ilhan age

Kredit foto: Instagram @wafiy_aan

Video

Kredit video: Youtube Wafiy Aan

Sumber Artikel : https://iluminasi.com/bm/biodata-dan-latar-belakang-pelakon-wafiy-ilhan.html
Sumber:

1. Wafiy Antara 18 Peserta Berentap Dalam ‘Ceria Megastar’

2. Wafiy Tolak Permintaan Jadi ‘Anak Ikan’

3. Bintang Kecil Cita-Cita Besar

4. Wafiy Janggal Berlakon Dengan Adik Sendiri?

5. Mahu Cuba Watak Berlainan, Wafiy Tak Kisah Berlakon Jadi Lelaki Lembut

6. Aura Positif The Mouseketeers Club Mickey Mouse

“Malu Adalah Satu Perkara Yang Merugikan” – Lan Solo Komen …

0

Penyanyi Lan Solo tidak mempedulikan kata-kata neg4tif yang dilemparkan kepadanya sebaik sahaja berita mengenai perniagaannya mula disiarkan di media.

Lan ketika dihubungi Gempak berkata, apa yang penting perniagaan menjual barangan dari Sabah dan Sarawak yang diusahakan bersama isteri, Nur Sheila Hassim adalah rezeki yang halal.

“Saya abaikan sahaja cakap-cakap orang, apatah lagi yang negatif. Lagi pun saya mencari rezeki yang halal.

“Buat apa nak malu? Malu adalah satu perkara yang merugikan sebab rezeki kan perlu dikongsi. Lagi pula niat kami buka Solo Borneo Mart adalah untuk membantu orang-orang dari Sabah dan Sarawak yang menetap di sini untuk mendapatkan makanan tempatan mereka,” katanya.

Tambah Lan lagi, dia bersyukur kerana kedai runcit mereka yang terletak di Puchong Prima itu kini menerima sambutan luar biasa.

“Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan walaupun Solo Borneo Mart masih baby. Bermula dengan hanya lima kuantiti setiap barangan, sekarang dah bawa masuk kuantiti yang besar sebab sambutan luar biasa.

“Kami sedang berusaha untuk mengembangkan lagi bisnes ini dan sedang dalam perancangan untuk membesarkan lagi Solo Borneo Mart dan mempelbagaikan lagi barangan dari Sabah, Sarawak dan Brunei selepas ini, Insya-Allah,” katanya.

Antara yang dijual di Solo Borneo Mart ialah ikan terubuk masin, mi kolok kering, pes laksa Sarawak, buah bambangan, tuhau, amplang serta pelbagai snek dan makanan ringan.

Katanya lagi, ramai teman artis berasal dari dua negeri itu, seperti Azharina dan Adira, turut berkunjung ke kedai mereka kerana rindukan makanan kampung halaman masing-masing.

“Terima kasih buat teman-teman dan semua yang telah menyokong saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lan terlibat dalam program terbaru terbitan Astro, My Buskers.

Selain Lan Solo, rancangan 11 episod itu akan turut menampilkan artis seperti Datuk Awie, Ameng, Azharina, Datuk Hattan, Black, Adira, Hujan, Drama Band, Ruffedge dan One Nation Emcees.

Program My Buskers bersiaran selama 60 minit sepanjang 11 buah episod dan bersiaran secara ekslusif pada setiap Khamis, jam 9 malam bermula 12 Disember (Khamis) lalu di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : Gempak

KWSP MEMOHON MAAF !

0

Berhubung penularan status facebook milik Nur Sheila Abdulah berkenaan rasa tidak puas hati beliau kepada pihak KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP). Beliau amat kesal dengan tindakan pihak KWSP yang seolah-olah tidak mengambil kisah isu yang dialami kakak beliau. keluarga beliau terpaksa menyewa ambulans dan mengusung kakaknya yang merupakan pesakit kanser tahap empat ke kaunter KWSP untuk mendapatkan cap jari bagi mengeluarkan wang berjumlah kurang daripada RM10,000.

 

Status Facebook yang dikongsi hampir 14ribu pengguna dan rata-rata mereka turut menyatakan rasa tidak puas hati kepada pihak KWSP. Akhirnya pihak KWSP memberi maklum balas ekoran kejadian tersebut

KWSP telah meminta maaf dan berasa kesal tentang kejadiaan tersebut. Diharapkan kejadian sebegini tidak akan terjadi untuk kali kedua dan pihak KWSP haruslah lebih bertanggungjawb.

BEKAS AHLI PARLIMEN TUARAN MENINGGAL DUNIA

0
kredit:borneotoday

TUARAN: Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow, 73, meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, petang semalam.

Mayat mendiang dibawa pulang ke Kampung Tagai, dekat sini, sebelum dibawa ke Fook Lu Siew Funeral Parlour pada petang ini dan dibakar jam 10 pagi esok.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Zoy Orow, dan dua anak.

Monggoh, anak kelahiran Tuaran yang menjadi Ahli Parlimen Tuaran dari 1990 hingga 1994, adalah Presiden Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud Sabah, selain aktif sebagai ahli Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Dalam Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud pula, Monggoh bergiat sepenuh masa membuat penyelidikan dan pendokumentasian bahasa ibundanya sehingga berjaya menerbitkan Hatod Suang Lotud dalam bentuk kamus.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau, dalam satu kenyataannya menyampaikan takziah kepada keluarga Monggoh dan berharap mereka akan terus tabah menghadapi saat sukar berkenaan.

“Ingatan dan doa saya untuk keluarganya, terutama ketika ini yang sepatutnya adalah masa untuk kegembiraan.

“Doa tulus saya untuk mendiang yang banyak memberikan saya bimbingan dan pengalaman yang amat saya hargai,” katanya sambil menambah Monggoh akan dikenang kerana kepemimpinan serta visi mendiang bagi Tuaran. – BERNAMA

6 DIY Pokok Krismas..Yang No.5 Tu Paling Admin Suka!

0

Tidak lama mahu menyambut hari krismas sudah bagi mereka yang beragama kristian. Pokok krismas sudah tentu salah satu impian yang akan mewarnai lagi hari-hari tersebut.

Jika anda tidak mempunyai pokok krismas “original” di tempat anda, jangan risau, anda mungkin boleh mencuba tips cadangan ini sebagai pengganti hiasan pokok krismas original tersebut.

Berikut admin senaraikan 6 idea kreatif di luar negara untuk menghasilkan pokok krismas mengikut kreativiti mereka.

1. Dry Wood Christmas Tree

Walaupun nampak simple, tapi dengan tambahan lampu-lampu hiasan, ianya kelihatan simple dan menarik. Mau buat pun senang kan.

2. Wrapping Christmas Tree

Ini pun sangat mudah dibuat kan, anda hanya perlu cari beberapa pembalut kertas yang sesuai mengikut warna dan susun ia mengikut kreativiti anda.

3. Cardholder Christmas Tree

Ini juga nampak menarik dan kreatif, dan apa yang best, anda boleh gantungkan gambar-gambar anda dan keluarga anda.

4. Wall Collection Christmas Tree

Ni pun nampak kreatif juga, yang paling best kalau buat ni bersama ahli keluarga. Kelihatan comel la 🙂

5. Floating Ornament Christmas Tree

Haaaa…Yang ini admin paling suka, nampak kreatif dan sangat cantik. Lepas tu di bawah tu boleh la letak hadiah-hadiah kan.
Info lanjut mengenai ni boleh check di link ini.

6. Light Christmas Tree

Admin pasti, paling mudah buat mesti yang ni kan.
biarpun mudah tapi masih nampak cantik juga 🙂

Admin dan krew-krew Sabahan Dot My mengucapkan selamat hari krismas bagi mereka yang menyambutnya k.

Tidak lama lagi juga kita akan menyambut tahun baru, semangat yang baru untuk kita.

178,943FansLike
6,850FollowersFollow
2,680SubscribersSubscribe

POPULAR

error: Alert: Content is protected !!