Home Blog Page 2

“Bermula Dengan Tiga Ekor Kambing..Kini Ada 2 Kandang Kambing Besar’,- Sably Yusin, RANAU

0

Inspirasi Usahawan Sabah – Sably Yusin

Untuk program Sabahan Dot My kali ini, kami berpeluang menemuramah salah seorang usahawan Sabah yang mempunyai banyak pengalaman mengenai perniagaan berkaitan penternakan kambing. Bermula dengan tiga ekor kambing..

Tuan Sably Yusin, merupakan pemuda yang berasal dari Ranau,Sabah telah memulakan perniagaan kambing mereka beberapa tahun yang lepas. Dan siapa sangka, dengan hanya bermula 3 ekor kambing sahaja, beliau kini telah mempunyai dua buah kandang yang besar dan beratus-ratus ekor kambing.

Tim Sabahan Dot My sebelum ini telah berpeluang untuk berkunjung ke kandang kambing beliau yang terletak di Lohan,Ranau.

Tuan Sably mengikuti kursus penternakan kambing selepas tamat belajar di UMS sekitar tahun 2010.

Selain itu juga, melalui perniagan beliau iaitu Retro Hebat, pasaran perniagaannya kini juga telah tembus bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi juga ke negara jiran iaitu Brunei. Katanya lagi, melalui perniagaan ini juga, beliau mempunyai ramai kawan-kawan baru terutamanya dari rakan-rakan penternak yang lain.

Nasihatnya juga kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini juga, mereka perlu mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan seperti ilmu pengurusan, ilmu penternakan kambing dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik, kini beliau juga telah membuka satu-satunya taman kambing yang terletak di Lohan,Ranau. Jika sebelum ini di Ranau terdapat tempat-tempat pelancongan menarik seperti Arnab Village, kini tarikan baru lagi dengan adanya Sably Goat Haven.

Kami dari tim Sabahan Dot My mendoakan semoga tuan Sably Yusin akan bertambah sukses lagi pada masa akan datang dan menjadi salah satu inspirasi kepada anak-anak muda di seluruh Sabah.

Untuk mereka yang ingin menghubungi tuan Sably atau ingin mengikuti perkembangan beliau, boleh follow terus facebook beliau https://www.facebook.com/sably.yusin .

Jangan lupa tengok video Inspirasi Usahawan Sabah – Sably Yusin.
(link video ada di atas).

Ingin mengikuti rancangan-rancangan Sabahan Dot My?
Join channel telegram kami,
t.me/sabahanmyofficial

“PTI” BIADAP BERI KOMEN SENTUH MARUAH PELAWAK SABAH(ZERO)!!

0

Baru-baru ini  “ZERO” pelawak Sabah yang di minati oleh rakyat seluruh Malaysia telah di kejutkan oleh isu gempak iaitu kumpulan pelawak ini di katakan oleh netizen di luar sana mereka seperti “Pendatang Tanpa Izin” melalui comment di Facebook.

Image result for kumpulan zero
Sumber Photo : Google

Kumpulan Zero berkata hal ini tidak boleh dibiarkan kerana ini cukup menjatuhkan maruah mereka.Kumpulan zero telah membuat laporan balai polis di Setia Alam dan masih dalam siasatan. 

 

Sharif zero ingin jumpa dengan pesalah tersebut dan kalau boleh sharif ingin orang tersebut untuk meminta maaf. Sebelum ini sya ada massenger orang itu di Facebook dia ada balas dan dia terus “Block Saya”,kata Sharif Zero.

Kumpulan korang ini mencarut ,muka seperti “PTI” dan saya tak gelak langsung,kata persalah tersebut.
Kalau boleh saya nak jumpa awak dan saya nak buat awak ketawa,kata Sharif Zero.“Cubala Buat Saya Ketawa”, kata pesalah dan pesalah tersebut terus block Sharif di laman Facebook.




 

 

 

Gadis Sabahan telah dinobatkan “Dewi Kegemaran”!

0

Sumandak Sabah ini merupakan perserta tunggal Dewi Remaja 2019.Sebelum mengikuti program Dewi Remaja, beliau sering melibatkan diri dalam pertandingan ratu cantik di Sabah bagi memperolehi banyak pengalaman untuk menghadapi persaingan dalam program besar seperti “Dewi Remaja”.

Walaupun beliau gagal melayakkan diri ke pentas final Dewi Remaja 2019, sumandak sabah iaitu finalis Sharlina gilbert mojinun sememangnya tetap mendapat tempat di hati kebanyakkan netizen sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kategori ‘Dewi Kegemaran’ yang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat.

Sumber Photo : Instagram @sharlinagilbertmojinun

Perjuangan beliau dalam program Dewi remaja hanya sebagai  top 12 finalis dewi remaja 2019.

Sumber Photo : Instagram @sharlinagilbertmojinun

“Terima kasih sangat buat semua peminat,rakan-rakan dan keluarga yang mengundi saya kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi gelaran Dewi Favourite,”katanya.

Sumber Photo : Instagram @sharlinagilbertmojinun

Sumber Photo : Instagram @sharlinagilbertmojinun

10 TIPS DIET HILANGKAN 10KG DALAM 1 BULAN. TANPA UBAT!

0

Mesti banyak wanita di luar sana telah  memilih untuk mengambil cara yang pantas untuk menguruskan badan demi mendapatkan badan yang di idamankan.

Sehinggahkan hari ini mereka masih bergantung dengan ubat-ubatan yang mampu menguruskan badan hanya dalam masa yang singkat.Hal ini kerana , bukan mudah untuk kuruskan badan dalam masa yang singkat tau.

Bagi untuk membantu wanita yang ingin kuruskan badan secara alami dengan tanpa bergantung dengan ubat-ubatan yang mampu menjejaskan kesihatan. 

Tetapi  sebelum tu mau cakap dulu, tips diet ini “BERGANTUNG” kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin  yang kuat !

1.Detox!!

Mula-mula, kena DETOX dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan SELALU buang air besar)

Mesti banyak  sudah lemak-lemak yang stay & beranak-pinak dekat usus tu? So! kamu boleh ikut la tips ne.

 

Lemons mengandungi vitamin C dan antioksidan. Paling penting, ia mampu membantu meneutralkan dan mengeluarkan toksin dari badan anda.

Buat sebotol lemon dan letakkan di dalam peti sejuk, supaya anda dapat menikmati minuman yang sejuk dan menyegarkan sepanjang hari.

2.Kurangkan kuantiti dalam hidangan

Pengambilan diet seharian yang kamu perlu amalkan okey.

Pagi:

  • Roti 3 keping+ Green Ttea
  • Air suam (ini wajib ambil )

Sebelum pukul 9 pagi (kalau utk pesakit kencing manis whole grain bread tau?.. Kalau yg memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu pun buli  heheh

Image result for kurang kuantiti makanan
Sumber Photo : Google

Makan Tengahari:

  • Nasi 2 senduk (supaya bertenaga sikit sebab apa lagi yang bekerja kan).
  • Ayam atau ikan
  • Sayur hijau rebus/ kukus ( kalau orang Sabah confirm suka yang rebus)

Dinner:

  • Kalau malam nasi kena ambil sedikit jak (kalau boleh makanan jangan lebih dari 9 malam.
    (makan buah-buahan dulu sebelum makan)

3.Minum air suam 2-3 liter sehari

Dalam sehari kena ambil 2-3 liter air suam ( ini wajib juga anda buat kalau mahuloss weight 10kg/month.

Image result for gif drinking water

Kamu boleh google juga  macam mana nak kira berapa liter air yang  diperlukan oleh badan dan cara nak divide.
(Tidaklah kamu nanti ulang alik pigi tandas)

4. Minum Teh Hijau

Ia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia juga mampu  bantu dalam “weightloss”.Teh hijau bukan sahaja menambah fungsi otak malah membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi.

Image result for teh hijau
Sumber Photo : Google

5. SENAMAN 30 MINIT

Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day.Untuk perempuan boleh lah lakukan  “zumba“.

Image result for gif zumba dance

Haaa ni kalau yang kerja office tu mohon buat lebih, sebab kamurang kurang bergerak berbnding cikgu atau nurse yang selalu ke hulu hilir ni..hehe

Image result for step work out untuk turunkan berat badan

6.Jangan elak makan nasi

Jangan  makan oat, makan biskut, dan roti untuk jadikan amalan diet anda.

Related image

 

Tahu kah?, sebenarnya semua ni lagi banyaak bebanan untuk diproses berbanding makan nasi. So, please refer dietition sebelum buat keputusan okey!

7. Kawalan pengambilan ais dan air manis  

HARUS pantang ais atau  air yang disejukkan sperti  abc, cendol, dan sebagainya.Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day).

8. Jangan makan “FAST FOOD

Pantang lah segala fast food macam KFC, McD, Pizza,dan Maggie .Semua tu untuk 3 minggu pertama tanpa ada ‘treat day’.
(selamatkan diri anda daripada makanan ini ya..MOHON BERSABAR!)

Image result for gif fast food

9.Selalu timbang berat & Jasa emosi

Timbang dulu sebelum mulakan misi.Setiap minggu make sure timbang!Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan juga.Kalau “genetik” jenis obesiti, kamu kenalah lipat gandakan usaha. Sebab potensi untuk loss weight 10kg/week tu lebih rendah.

Image result for gif timbangan berat badan
Sumber Photo: Google

10.Amalkan 2-3 gelas air suam selepas bangun tidur

Bangunn jak dari tidur sebelum pergi toilet, sebelum gosok gigi, terus minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, sangat digalakkan)

boleh search kebaikan minum air selepas bngun tidur. Banyak manfaatnya.Kalau seminggu korang boleh loss cuma 3kg, Janganlah sedih dulu! Kalau amalkan tips secara konsisten confirm berat badan anda akan turun mendadak…

(paling penting “KONSISTEN“)

KESIMPULAN

JANGAN MUDAH MENGALAH!

Kepada anda jenis yang tidak  kuat semangat atau cepat down.. Please, sayang cari kekuatan kamu.

Diharap tips diet ini dapat memberi semangat kepada ramai lagi wanita dan lelaki yang dalam misi untuk menurunkan berat badan.Jangan anggap ianya sesuatu yang tidak mustahil.

Kenapa mereka boleh buat kenapa kita tidak.( tepuk dada tanya selera)

Kalau ada awak tu suami yg ade isteri gemuk, jangan dihina badannya. Tapi temanlah dia buat zumba atau jagakan anak masa dia tengah workout tu!.(Kan nampak sawit disitu.. Hahahaha)

Sumber Photo : Google

 

 

5 TIPS TETAPKAN TARGET TAHUN BARU

0

Apakah yang anda rancang untuk tahun baru ini ? atau lebih tepat lagi apakah azam anda tahun 2020 ini ?

Kita boleh merancang pelbagai perkara yang mahu dilakukan namun umumnya kita kurang berhasil dalam menjayakannya. Ini kerana,selain merancang,kita harus mempunyai disiplin yang tinggi dan hati yang cekal. Berikut kami kongsikan pada anda semua tips tetapkan target tahun baru .

Tips ini dikongsikan oleh Puan Madie Martin  iaitu Founder kepada Instaboom Akademi .

5 TIPS TETAPKAN TARGET TAHUN BARU

1.Tetapkan prioriti anda

Apa yang paling penting untuk anda? Apa yang hendak anda capai dalam jangka masa terdekat? Apabila kita tetapkan prioriti yang hendak dicapai, ia akan membantu dalam usaha kita menetapkan azam tahun baru yang lebih baik.

2.Buat azam yang realistik

Biasanya bila ditanya apa yang kita nak capai, kita nak capai yang besar-besar, yang selalunya sukar untuk berjaya. Kita sepatutnya buat azam yang realistik, yang mempunyai kebarangkalian untuk anda berjaya capai adalah tinggi (disertai dengan perancangan yang betul). Contohnya, kita berazam nak beli rumah, jika kemampuan kewangan kecil, jangan berangan nak beli banglo, tapi cuba tumpu pada rumah teres dulu.

3.Optimistik dengan azam

Dalam mencapai sesuatu azam, kita kena optimis dan positif, abaikan aspek yang negatif. Jika kita nak jadi seorang yang lebih menepati masa, janji dalam diri – “aku akan tiba tepat pada masanya”, dari “saya tak akan lambat lagi”, ia dengar lebih positif betul tak.

4.Tetapkan langkah untuk mencapai azam besar

Jika anda ada azam yang besar untuk dicapai, lagi baik kalau anda huraikan langkah-langkah untuk mencapainya. Contohnya, anda ingin mengurangkan berat badan, bagaimana nak mencapainya? Antara yang boleh anda rancang adalah; join gym, berjogging 3 kali seminggu, tukar diet pemakanan , dan sebagainya. Dengan merangka perancangan sebegini, ianya membantu mencapai target besar itu secara keseluruhan.

5.Cari dan bina perangai (habit) yang baru

Kita tahu sesetengah perangai (yang buruk) tu memang susah nak dibuang. Oleh itu, cara yang terbaik untuk buang perangai itu ialah dengan melibatkan diri dalam satu aktiviti atau kegemaran yang baru. Contohnya, jika anda buat azam nak berhenti merokok, jadi cuba cari aktiviti yang akan boleh buat diri kita relaks dan mengalihkan minda kita dari keinginan untuk rokok.

Mesti diingat !!: Azam yang dibuat itu mestilah suatu penting untuk diri kita, bukan kerana apa yang anda fikir anda patut buat atau sesuatu yang orang lain inginkan untuk diri anda.

P/S: setiap orang boleh berjaya dalam hidup, yang penting kita jujur dan tahu serta minat apa yang kita lakukan.

5 TIPS MUDAH MENABUNG

0

Anda ada impian untuk memiliki rumah ? membayar deposit kereta ? membeli barang idaman ? atau hendak melansungkan perkhawinan ?

Dah masuk tahun 2020 ni,bolehlah kita menanam azam untuk menabung,menabung ini banyak faedahnya. Namun ia memerlukan disiplin yang tinggi dan cara yang betul.

Berikut kami kongsikan tips mudah menabung daripada Dr Azizul Azli Ahmad.

sumber: Facebook Dr Azizul Azli Ahmad

5 TIPS MUDAH MENABUNG

1. Tabung Bewarna.
Mulakan dengan tabung bewarna. Tiap kali jumpa duit warna hijau atau jingga asingkan. Pilih satu warna sahaja kawan.

Jangan pilih semua warna, makan kayu kita nantinya.

2. Teknik Tanpa Sedar.
Buat arahan tetap potong gaji terus. Tiap bulan simpanan terus masuk ASB atau TH. Ada apps di maybank2u yang potong terus juga dari gaji kita masuk simpanan terus. Boleh cuba.

3. Teknik Paksa Rela.
Buat pembiayaan ASB dengan jumlah yang kita mampu. Ia sebagai paksaan menyimpan sebab kita wajib bayar pembiayaan.

4. Bantuan Ceti.
Kita perlu minta bantuan isteri untuk ingatkan tabungan kita.

“Sayang, bulan ini tabungan untuk beli rumah sayang belum bagi lagi”.

Tiap bulan dia akan kutip duit dan buat simpanan.

5. Rompak Dompet Sendiri.
Tiap kali sampai pejabat, buka dompet dan masukkan dalam tabung lagi. Ushakan ambil jumlah antara RM10-RM20 sahaja, jangan lebih.

Ada macam macam gaya yang kita boleh lakukan. Nak menyimpan atau tidak sahaja.

LALUAN DIBUKA SEMULA PADA 09 JANUARI..

0

LOKASI laluan runtuh di Kilometer (KM) 96.7 Jalan Kundasang-Ranau yang terjejas sejak 8 Disember lalu dijadual dibuka semula, 9 Januari ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Richard Jomiji Kinsil, berkata, ketika ini, kontraktor sedang menyiapkan kerja akhir pembaikan laluan terbabit.

“Perkembangan kerja pembaikan secara keseluruhan setakat ini sudah mencapai 70 peratus.

“Baki kerja yang belum siap ialah subbase dan base course jalan, pemasangan sheet pile, penghadang jalan, papan tanda dan garisan jalan.

“JKR menyasarkan untuk membuka semula laluan itu kepada pengguna pada 9 Januari 2020 tetapi ia bergantung juga kepada keadaan cuaca,” katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.

Bagaimanapun, katanya jika semua kerja akhir pembaikan laluan berkenaan berjalan lancar, ia mungkin dapat dibuka semula kepada lalu lintas lebih awal, sebelum 9 Januari depan.

Laluan jalan raya utama yang menghubungkan Kundasang dengan Ranau itu terjejas akibat tanah runtuh yang berpunca daripada kerja pembersihan tanah bukit untuk perumahan dan pertanian.

Kejadian pada 9 malam, 8 Disember lalu itu berlaku selepas hujan lebat menyebabkan runtuhan tanah setinggi 150 meter dan lebar lebih 30 meter dari kawasan bukit berhampiran sehingga menutupi dan merosakkan jalan raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ratusan kenderaan dari arah Kota Kinabalu dan Sandakan terperangkap sebelum pihak JKR mencadangkan laluan alternatif menggunakan jalan kampung di kawasan berhampiran selain jalan lain seperti Jalan Ranau-Telipok dan Ranau-Tambunan-Penampang.

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony, sebelum ini berkata, kerja pembaikan keseluruhan laluan berkenaan dianggarkan mencecah RM25 juta.

INSTAFAMOUS SABAH BANTU SARA KELUARGA

0

Ernaliyana atau lebih dikenali sebagai “Yana strawberry” adalah instafamous Sabah dimana dia sangat viral dan aktif denganaplikasi “Tik Tok”.Beliau berasal dari Tawau,Sabah.

Bantu sara keluarga

Bermula niat membantu keluarga menambah pendapatan, gadis comel Ernaliyana Ali, 15, mula menerima ulasan iklan ketika pengikut Instagram berjumlah 30,000 pada 2015. Ketika itu pendapatan diterima hanya RM1,000 sebulan.

Sumber : Instagram @yana.strawberry

 

“Lama-kelamaan saya semakin seronok apabila wang dalam akaun semakin bertambah. Saya terus meningkatkan pemasaran dengan memuat naik gambar dan video lucu sehingga ramai menerima kehadiran saya,” katanya yang kini menerima lebih RM11,000 sebulan hasil ulasan produk saja.

Sumber :Instagram @yana.strawberry

Kesibukan membuat empat hingga lima ulasan sehari menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian di kelas. Jadi, tahun lalu dia mengambil keputusan berhenti sekolah.

“Tetapi ini bukan bermakna saya tidak mengutamakan pelajaran. Saya mengambil guru peribadi di rumah kerana ia memudahkan urusan kerja.

Saya pula bukan orang senang, ibu sudah meninggal dunia manakala ayah sudah berusia dan tidak bekerja. Jadi pendapatan setiap bulan saya gunakan untuk membantu keluarga,” katanya.

Sumber : Instargram @yana.strawberry

Menggunakan Instagram sebagai tempat mencari rezeki, Ernaliyana dilihat sebagai Instafamous yang aktif dengan aplikasi Tik Tok. Berani dan berkeyakinan tinggi, video yang dimuat naik sentiasa mendapat ‘like’ yang tinggi disebabkan kreativiti dan kecomelannya.

Mengulas perkara ini, sebagai Instafamous dia mengakui harus cepat menggunakan setiap aplikasi yang sedang popular.

“Tik Tok misalnya antara yang sedang digunakan remaja dan popular dalam kalangan Instafamous. Saya mahu menjadi pengguna paling hadapan dan tidak ketinggalan mengikuti teknologi ini,” katanya yang mempunyai 398,000 pengikut di Instagram.

Sumber : My Metro
Artikel :11 September 2018

KB Agro Tech Menghasilkan Benih Tumbuhan Dengan Teknik Kultur Tisu

0

Pertanian merupakan salah satu dari sumber yang dekat dengan kehidupan kita.
Tentu sekali, ada diantara kita dilahirkan dari keluarga petani dan kita seharusnya berbangga kerana kita sentiasa berjasa dengan alam semula jadi kita.

Baru-baru ini, admin sempat bertemu dengan pihak KB Agro Tech iaitu sebuah syarikat bioteknologi dalam bidang kultur tisu tumbuhan. Menghasilkan dan membekalkan produk benih tumbuhan yang dihasilkan dengan teknik kultur tisu. Syarikat ini juga menawarkan Pakej Agro-Edu dan Agro-Pelancongan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar sekolah dan juga masyarakat agar teknologi ini dapat diterapkan dan dipraktikkan.

APA YANG MENARIK DITAWARKAN OLEH KB AGRO TECH?

Mereka menghasilkan pelbagai benih pisang seperti Pisang Saba, Berangan, Tanduk, Pisang nangka, Pisang Cavendish dan lain-lain. Benih ini memiliki ciri-ciri sihat, bebas penyakit dan berkualiti serta menghasilkan buah yang relatif lebih awal berbanding dengan kaedah tradisional menggunakan sulur.


Mereka juga menawarkan Kursus dan Latihan Kultur Tisu Tumbuhan kepada orang awam khususnya petani-petani yang ingin mengetahui lebih mendalam kaedah dan teknik kultur tisu tumbuhan khususnya pisang.

Mereka juga menawarkan Pakej Taklimat dan Demo kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan bahan tanaman yang terkini seterus menanam budaya menanam pokok dari peringkat sekolah lagi.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai KB Agro Tech ini, anda boleh berkunjung ke laman web mereka kbagrotech.com dan jangan lupa like page mereka ya. Anda juga boleh menghubungi mereka secara terus melalui no.tel 0138844955.

WOW ! TIDAK SANGKA SUMANDAK SABAH MIRIP MUKA MIRA FILZAH

0

Mira Filzah merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita yang sangat dikenali di Malaysia. Wajah manis pelakon bertudung itu sering menjadi tumpuan dan tarikan umum di media sosial sehingga pernah tercetus fenomena ‘Baby Sayang’.

Tetapi tidak disangkakan,gadis sabah telah menjadi tumpuan oleh masyarakat sekeliling.Hal ini kerana gadis Sabah ini mirip muka seperti Mira Filzah malahan mereka viral di media sosial.Antara gadis sabah yang memiliki muka mirip seperti Mira Filzah ialah Tracie Sinidol dan Nicole Alph.

Tracie Sinidol

Gadis yang berasal dari Keningau,Sabah ini telah menjadi bualan ramai kerana wajahnya dikatakan mirip selebriti wanita popular Malaysia.

Sumber : Google

Gadis Sabah tersebut dikenai sebagai Tracie Sinidol,bukan sahaja menjadi tumpuan di laman sosial malah ingin dilamar oleh beberapa syarikat produksi yang memberi tawaran untuk menjadi model.

Sumber : Google

Menurut Tracie, dia masih dalam proses mempertimbangkan tawaran untuk menjadi model kerana belum bersedia serta mahu menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.

Sumber : Google

Nicole Alph

Gadis Sabah yang bernama Nicole Alph ini merupakan peserta ratu cantik bagi mewakili daerah Karambunai. Nicole Alph pernah memenangi gelaran Unduk Ngadau Karambunai pada tahun 2018.

Sumber : Google

Kini, Nicole Alph bekerja sebagai pegawai RHB bank.Beliau mendapat pendidikan di Asian Tourism International College dan menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber : Google
Sumber : Facebook Nicole Alph

Kesimpulan

Gadis-gadis di Sabah terbukti memiliki kecantikan yang sangat natural malahan segelintir gadis Sabah memiliki rupa paras seakan-akan selebriti artis Malaysia mahupun artis antarabangsa.Tetapi gadis Sabahan mempunyai keunikan yang tersendiri.

 

 

178,943FansLike
6,850FollowersFollow
2,680SubscribersSubscribe

POPULAR

error: Alert: Content is protected !!