Home Blog

Keputusan RASMI PRK P.176 Kimanis, Sabah

0
kredit : astroawani

Datuk Mohamad Alamin calon Barisan Nasional(BN) telah menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis.

kredit : astroawani

Barisan Nasional(BN)
12,706

Warisan Sabah (WARISAN)
10,677


Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kimanis Pegawai Pengurus PRK [email protected] Etok pada jam 9:30 malam.

 

Harga RON97 Turun ?

0
kredit gambar : thevocket

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 9 sen kepada RM2.53 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 24 Jan.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.32 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.46 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 18 Jan sehingga 24 Jan 2020 berjumlah RM74.70 juta. – Bernama

Pengundian PRK Parlimen Kimanis Bermula Pada Hari Ini

0
kredit : astroawani

KIMANIS: Sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 68 saluran dibuka dari 7.30 pagi hingga 5 petang ini bagi membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Proses mengundi yang akan berlangsung selama sembilan jam setengah itu, membabitkan seramai 29,619 orang daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi.

Parlimen Kimanis mempunyai 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi dan berdasarkan jumlah itu lapan daripada sembilan orang sudah mengundi awal pada Selasa lepas, manakala 35 adalah pengundi pos dan seorang pengundi tidak hadir (PTH) yang berada di luar negara.

Seramai 653 petugas pilihan raya dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses pengundian itu hari ini.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

Karim dijangka mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis, manakala Mohamad di SK Our Lady, Kampung Kelatuan di sini.

Pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan bagi PRK Parlimen Kimanis ialah di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort.

SPR sebelum ini menjangkakan peratusan pergi mengundi pada PRK itu kira-kira 70 peratus dan keputusan pengundian dijangka diumum sebelum 10 malam.

Tempoh rasmi berkempen yang bermula sejak hari penamaan calon pada 4 Jan lepas, berakhir pada 11.59 malam tadi.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya. – BERNAMA

Semak Tayar Anda Bagi Mengelakkan Penipuan !

0
sumber google

Tayar kereta merupakan satu kompenan yang sangan penting.Tanpa adanya tayar,sehebat manapun kereta pasti kereta anda tidak mampu bergerak.

Apabila tayar kereta anda sudah mulai botak,cengkamannya akan berkurang dan ini boleh meletakkan anda dalam keadaan bahaya.Tayar itu haruslah digantikan namun anda harus berhati-hati ketika membeli tayar baru.

Setiap tayar mempunyai kod penting berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya. Anda perlu fahami kod tersebut agar anda dapat memilih tayar yang berkualiti,tahan lama dan selamat digunakan.

Ikuti makna nombor kod yang penting bagi sesebuah tayar :

Untuk mengetahui usianya, sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2210 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke-22 pada tahun 2010..

Pengguna perlu memahami nombor kod yang terdapat di bahagian sisi tayar.
Sebagai contoh : No. Kod – 185/65R13 91H.

Huruf “H” terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka. Tahap kelajuan “H” dalam contoh bermakna bahawa tayar itu boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan selaju 210 km/j.

Di bawah ini adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambangkan oleh setiap huruf abjad :

  • S – 180 km/j
  • T – 190 km/j
  • U – 200 km/j
  • H – 210 km/j
  • V – 240 km/j
  • Z – melebihi had laju 240 km/j
  • W – 270 km/j
  • Y – 300 km/j
  • ZR –  tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j

Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda.

lebih “100,000” suntikan vaksin polio kepada kanak-kanak di Sabah.

0

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan menyediakan lebih 100,000 suntikan vaksin polio kepada kanak-kanak di Sabah.

“Setakat ini, kita telah menggunakan 10,000 suntikan vaksin berkenaan di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPs) Peringkat Daerah Sandakan di Balairaya Kampung Bahagia Batu Sapi, pagi tadi.

Beliau berkata beberapa ribu lagi vaksin polio akan datang bagi mengekang penyebaran wabak berkenaan.

“Keperluan bagi penyediaan vaksin itu mengikut jumlah keperluan yang kita perlukan di Sabah,” katanya.

Beliau mengakui keperluan sebenar bagi vaksin polio itu lebih 100,000 bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah bukan sahaja kepada warga tempatan tetapi juga warga asing berikutan virus itu mula dikesan dalam kalangan mereka.

Frankie berkata 10,000 vaksin yang datang fasa pertama ini adalah yang digunakan dalam Kempen Imunisasi Polio di Tuaran, Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Pihak Kementerian Kesihatan juga akan melaksanakan program sama di Papar dan Kinabatangan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata apabila banyak lagi vaksin polio akan datang pihaknya akan laksanakan lebih banyak program di setiap daerah di Sabah.

“Setakat ini, virus polio yang berlaku di negeri ini masih terkawal dan pelaksanaan program iminusasi akan dilaksanakan,” katanya.

Ditanya mengenai kes Influenza A (H1N1), Frankie berkata wabak H1N1 masih dipantau oleh pihaknya.

“Tiada sebarang keperluan bagi Kementerian Kesihatan untuk menutup mana-mana premis atau sekolah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata pendidikan kesihatan mengenai penyakit H1N1 dan cara mengelak jangkitan adalah amat penting dilakukan.

“Bukannya hanya bergantung dengan vaksin semata-mata tetapi langkah pencegahan boleh dilakukan melalui penutup mulut, etika cara batuk dan sentiasa menjaga kesihatan diri setiap masa,” katanya.

Sumber : Utusan Broneo Online

AYIE FLOOR 88 “REBAH” DI KONSERT GEMPAK MALAM TADI

0

PENYANYI kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba rebah dan pengsan ketika menyanyikan lagu Aqilah di Konsert Gempak NEGERI fm, malam tadi.

Konsert berlangsung di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Floor 88 menerusi perkongsian video persembahan itu di Instagram mereka memohon maaf kepada pengunjung yang hadir.

“Kami Floor 88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak NEGERI fm. Kami akan kongsi perkembangan penuh keadaan kesihatan Ayie. Terima kasih pada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie ” tulisnya dalam perkongsian itu.

Dalam video berdurasi 1 minit itu menyaksikan Ayie menyanyi sebelum dia tiba-tiba rebah. Dia kemudian dibantu anggota Floor 88 dan kru pentas sebelum diangkat ke belakang pentas.

Difahamkan, Ayie menyanyi dalam keadaan kurang sihat. Di awal persembahan, Ayie kelihatan serba tidak kena termasuk vokal tidak sampai dan tenggelam timbul.

Sumber : My Metro

Tebus RM30 E-tunai Rakyat Sekarang !

0
JAWAB: Lim ketika sidang media mengenai Pengumuman Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di Kementerian Kewangan dekat Putrajaya, semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go, mulai 8.00 pagi ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.

Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima wang e-tunai itu, katanya pada sidang media mengenai e-Tunai Rakyat di kementeriannya di sini, semalam.

Pengendali e-dompet juga akan menambah baik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai oleh kerajaan dengan memberi insentif tersendiri.

“Ini bermakna rakyat Malaysia yang layak akan menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif itu,” katanya, sambil menambah jumlah tambahan itu akan diumumkan sendiri oleh tiga pengendali berkenaan, hari ini.

Lim berkata, wang RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali terpilih.

Beliau berkata, inisiatif e-Tunai Rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.

“Oleh itu, kerajaan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bernilai RM450 juta sebelum 14 Mac berakhir,” katanya.

Setakat ini, katanya, lebih lapan juta peniaga telah menggunakan perkhidmatan pembayaran e-dompet dan jumlah itu diharap meningkat selepas pengumuman inisiatif e-Tunai Rakyat.

Bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses digitalisasi, Lim berkata wang RM30 itu perlu dibelanjakan oleh penerima bermula 15 Januari hingga 14 Mac.

“Baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac,” katanya.

Beliau berkata, rakyat yang layak diberi tempoh untuk memohon wang percuma itu sebelum 9 Mac untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja.

Menurutnya, proses pengesahan mereka yang layak akan melalui tiga peringkat.

Ia bermula dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi pengesahan kad pengenalan, kemudiannya Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi pendapatan bawah RM100,000 setahun dan semakan bagi memastikan individu itu hanya memohon daripada satu pengendali, katanya. — Bernama

SIAPA CAKAP MAKANAN “ORANG BAJAU” TIDAK SEDAP!! BELUM CUBA BELUM TAHU.

0

Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah.

Umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau berasaskan makanan laut dan makanan berasaskan ubi, serta tanaman huma yang lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan secara mentah.

Antara makanan tradisional masyarakat Bajau yang kamu patut cuba  di Sabah adalah seperti :

1) Sagol Atau Senagol

Hidangan bernama sagol atau senagol ini merupakan masakan berasaskan isi ikan yang dimasak dengan kunyit. Biasanya untuk menyediakan hidangan ini, ikan yang digunakan adalah terdiri dari ikan yu, buntal, tombad, pari, kat, peteg, ulapai, banggak – banggak atau tabullung.

Sumber Photo : Google

Ikan yang digunakan perlu dicelur atau direbus separuh masak bagi memudahkan membersih lapisan kasar pada kulit ikan yu, atau duri pada ikan buntal. Ia juga memudahkan isi ikan hancur supaya mudah dicampur dengan kunyit yang telah dihiris.

Sumber Photo : Google

2) Lato’

Lato’ merupakan sejenis tumbuhan laut di Sabah dan ianya kelihatan seperti buah anggur hijau kerana bentuknya yang bulat. Namun, saiznya agak kecil berbanding buah anggur. Ia merupakan makanan wajib suku kaum Bajau Pantai Timur untuk hidangan makan tengahari atapun malam.

Sumber Photo : Google

Ia turut dikenali sebagai Caulerpa lentillifera” atau juga dikenali sebagai kaviar hijau. Lato’ sangat terkenal di Filipina dan banyak diternak di kawasan persisiran pantai Filipina dan juga di Kepulauan Okinawa, Jepun.

3)Bamban/ “Bianbam”

Bamban merupakan makanan yang dimasak menggunakan tepung panggih. Tepung ubi yang diparut lalu diperah airnya sehingga menjadi seakan – akan tepung ini dipanggil tepung panggih.

Sumber Photo : Amie’s Little Kitchen

4)Tayum “Landak Laut”

Tayum merupakan makanan tradisi sangat disukai oleh masyarakat “Bajau” yang di kenali landak laut.Ia sangat mudah ditangkap kerana pergerakannya yang perlahan.

Sumber Photo: Google

Namun, ia perlu ditangkap dengan berhati – hati kerana durinya yang tajam. Isi tayum boleh dikeluarkan dengan pelbagai cara dan berwarna sedikit kuning seakan warna kunyit. 

Sumber Photo: Google

5)Kuih Penjaram

Kuih penjaram ini sering disediakan semasa meraikan majlis – majlis kesyukuran atau kenduri di kalangan masyarakat Bajau. Rasa kuih ini sedikit manis dan lemak.

Sumber Photo : Google

Penjaram juga turut dikenali dengan nama “penyaram”. Selain masayarakat Bajau, ia juga begitu popular di kalangan orang Melayu Brunei di negara Brunei.

Sumber Photo: Google

6)Kabau Rebus “Ketam Rebus”

Kabau dikenali sebagai ketam oleh masyarakat Bajau. Hidangan ini begitu mudah untuk disediakan.

Sumber photo : google

Memandangkan negeri Sabah sangat  terkenal dengan makanan laut, maka tidak hairanlah masyarakat Bajau di Sabah banyak menjadikan hidangan makanan laut sebagai makanan tradisi mereka. Malah, kebanyakan masyarakat Bajau pula terdiri daripada nelayan yang menjadikan lautan sebagai sumber makanan mereka.

Sumber Photo : Google

7) Loho

Hidangan ini merupakan makanan masyarakat Bajau yang sangat mudah untuk disediakan. Loho adalah makanan seakan asam pedas dan sangat menyelerahkan.

Sumber Photo : Google

Biasanya loho ini dimakan bersama tompek atau putu. Namun, ianya juga boleh dimakan bersama nasi putih.

Sumber Photo: Google

Ikan segar yang sering digunakan untuk memasak hidangan ini adalah ikan batu yang dikatakan isinya agak sukar hancur jika dimasak lama. Nama lain bagi ikan batu ini adalah ikan kutambak /  atau ikan nek da’im.Sangatlah sedap jika cicah dengan lada cili api.

8)Ikan Liking

Ikan liking antara makanan yang sangat “popular” dan menjadi kegemaran masyarakat Bajau malahan menjadi santapan suku kaum lain di Sabah. Biasanya ia hanya boleh diperolehi di daerah Kota Belud sahaja.

Ikan Liking
Sumber Photo : Google

Ikan ini merupakan ikan masin yang dijeruk serta diperam bersama garam. Untuk menghasilkan ikan liking ini, biasanya ikan talang digunakan. Ikan talang tersebut perlu dibiar buruk terlebih dahulu sebelum diperap dengan garam selama satu malam atau lebih.

Sumber Photo : Google

Terdapat dua jenis ikan liking iaitu ikan yang dijerukkan bersama cili, atau ikan yang dijeruk biasa sahaja. Ikan liking ini boleh digoreng, dimasak lemak bersama buah labu kuning, masak sambal tumis pedas dan sebagainya.

KESIMPULAN

Makanan suku kaum Bajau mempunyai keunikannya dan cita rasanya yang tersendiri sehinggakan hari ini ramai masyarakat selain suku kaum mereka turut meminati makanan tradisi mereka.Sangatlah rugi kepada kamu yang tidak mencuba.

“Jangan lupa untuk kongsi artikel ini ya…kalau bukan anda siapa lagi??.hehe agar makanan tradisi ini dikenali oleh masyarakat diluar sana.”

 

 

 

 

 

 

 



 

PERKESO Tawarkan Skim Perlindungan Khas Untuk Anda Yang Bekerja Sendiri

0

Mulai 01 Januari 2020,pihak PERKESO telah melancarkan skim baru iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri khas untuk golongan yang bekerja sendiri seperti peniaga online, penulis,peniaga pasar  dan lain-lain. Dengan adanya skim ini,ia mampu membantu golongan yang berkerja sendiri sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini.

Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ini telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:

·         Pengangkutan Barangan dan Makanan·         Perniagaan Online
·         Pertanian·         Teknologi Maklumat
·         Penternakan·         Pemprosesan Data
·         Perhutanan·         Ejen
·         Perikanan·         Perkhidmatan Profesional
·         Makanan·         Perkhidmatan Sokongan
·         Pembuatan·         Kesenian
·         Pembinaan·         Perkhidmatan Isi Rumah
·         Penjaja·         Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
·         Premis Penginapan

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

PERLINDUNGAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI
Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur;
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

PEMBAYARAN CARUMAN

  • Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.
  • Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO
  • Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).

JADUAL PILIHAN CARUMAN

Kadar caruman berdasarkan pilihan seperti di bawah:

PelanPendapatan Bulanan Pilihan Yang DiinsuranskanBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

FAEDAH – FAEDAH YANG DISEDIAKAN:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

Untuk maklumat lengkap berkaitan faedah-faedah, sila muat turun risalah berikut;

muat turun SIP

 

 

Whatsapp Bakal Memaparkan Iklan Pada Status

0

Whatsapp merupakan aplikasi messenger yang popular didunia.Diasaskan pada 03 may 2009 dan kini telah dimuat turun lebih daripada 1billion pengguna. Whatsapp telah dibeli oleh pengasas Facebook iaitu Mark Zuckberg pada tahun 2014 berjumlah us$ 19 billion.

Berdasarkan artikel daripada BGR,iklan akan dipaparkan di Whatsapp status pada tahun ini.Berita ini diumumkan pada acara Facebook yang berlansung di Belanda lalu.

Iklan tersebut akan dipaparkan dengan format yang serupa seperti Instagram storie.Maklumlah,facebook,instgram dan whatsapp adalah milik Mark Zuckberg sekarang.

178,956FansLike
6,850FollowersFollow
2,680SubscribersSubscribe

POPULAR

error: Alert: Content is protected !!