Terdapat beberapa makanan yang unik anda perlu cuba apabila melancong ke Sabah. Antara makanan yang perlu kamu cuba adalah tuhau,bosou,bambangan,hinava dan butod. Makanan unik ini adalah makanan tradisional kaum Dusun di Sabah. Kalau sudah makan pasti mahu lagi.

Sumber Instagram : @heylittlesulap

1.Tuhau
Tuhau adalah makanan tradisi yang sangat digemari oleh masyarakat Kadazandusun. Sesetengah orang mungkin tidak menyukai aroma tuhau kerana tuhau mempunyai bau yang sangat kuat.Ia berbau seperti serangga kumbang kecil yang dipanggil “posisang” dialek kadazandusun tempatan.Namun,selalunya menjadi pembuka selera.

Sumber : Google

Tuhau merupakan makanan yang fleksibel kerana ia boleh dijerukan dan dimasak dalam pelbagai kaedah memasak bergantung dengan kreativiti anda.Tuhau juga boleh dijadikan sambal pedas atau dibuat menjadi tuhau “floss kering” iaitu serunding tuhau.

Serunding Tuhau
Sumber : Google
  1. Bosou
    Bosou atau dikenali “Tinamba” merupakan makanan tradisi istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Ranau,Sabah.Bosou adalah makanan yang dijadikan jeruk dan diperam semalaman. Terdapat beberapa jenis bosou iaitu bosou ikan,bosou buah dan bosou sayur.

    Sumber : Google

    Makanan tradisi ini boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu sama seperti hidangan “Budu” atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia. Bosou boleh bertahan lama sehingga 6 bulan hingga 1 tahun pada bekas penyimpan kedap udara.Bosou akan semakin sedap jika di simpan terlalu lama tetapi mengikut jenis ikan yang diperam.

    3.Bambangan
    Buah bambangan atau dikenali dengan nama saintifiknya “Mangifera Pajang” merupakan buah-buahan tempatan negeri Sabah.Buah bambangan mempunyai rupa bentuk seperti manga namun saiznya agak besar berbanding manga biasa .

    Sumber : Google

    Buah bambangan mempunyai bau yang sangat harum dan isinya juga sedap dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jeruk. Selain itu,buah bambangan boleh dijadikan sambal.Bambangan sangat la menyelerahkan apabila dimasak dengan “ikan masin”.Hmmm memang kecur liur keluar ingat keenakkannya.

    4.Hinava

    Hinava adalah versi sabahan mirip seperti sashimi.Hinava sangat digemari oleh suku kaum kadazan-Dusun.Walaubagaimanapun,proses pembuatan hinava agak berbeza sedikit.Hinava diperbuat dari pada isi ikan tenggiri yang dicincang halus dan diperam dengan limau kapas agar isi ikan masak.

    Sumber : Google

    Terdapat banyak jenis ikan yang berbeza jenis ikan yang boleh digunakan untuk membuat hinava.Hinava juga biasanya dijadikan hidangan istimewa semasa “Tadau Kaamatan”.Di samping itu, ia juga hidangan khas pada majlis-majlis penting seperti pertunangan dan perkahwinan.

    Sumber : Google

    5.Butod
    Butod adalah sejenis ulat yang hidup di dalam pokok rumbia yang telah reput. Bagi penggemar makanan exzotik makanan seperti ulat rumbia ini adalah makanan yang istimewa kerana mempunyai khasiat protein yang tinggi.Butod boleh dimakan mentah-mentah tetapi harus dibersihkan terlebih dahulu dan boleh dimasak.

    Sumer : Google

    Biasanya butod akan ditumis dengan minyak sehinggahlah garing.Butod yang telah dimasak sangatlah sedap dihidangkan dengan nasi panas atau bagi kebiasaan kaum kadazan Dusun, butod seringkali dijadikan “pusas”(lauk) dalam upacara keramaian.

    Sumber : Google


    Kesimpulan

    Inilah antara makanan tradisi  yang sangat digemari oleh orang Sabah sehingga hari ini. Biarpun berbeza adat budaya,bangsa dan agama, namun pilihan makanan di Sabah turut dikongsi bersama.Makanan tradisi ini bukan sahaja terkenal di Sabah malahan ada sesetengah masyarakat di Semenanjung Malaysia turut meminati makanan tradisi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here