Home Hiburan Sabah 10 ARTIS WANITA MALAYSIA KELAHIRAN ANAK JATI SABAH

10 ARTIS WANITA MALAYSIA KELAHIRAN ANAK JATI SABAH

0
10 ARTIS WANITA MALAYSIA KELAHIRAN ANAK JATI SABAH

Mungkin bukan semua orang Sabah mengenali artis Malaysia yang asalnya adalah kelahiran anak jati Sabah.Anak jati kelahiran Sabah ini telah pun menaikkan industri muzik dan industri lakonan di Malaysia.Oleh itu,saya ingin berkongsi dengan anda tentang 10 artis Malaysia yang berasal dari sabah.

1. Siti Aidira Binti Suhaimi

Siti adira binti suhaimi ataupun dikenali sebagai “Adira Suhaimi” adalah penyanyi artis Malaysia dan merupakan peserta dalam peraduan pertunjukan realiti Malaysia Akademi Fantasia, Musim ke 8 dan mendapat naib juara. Beliau dikenali sebagai “Queen Of Soundtrack”.

Related image
Sumber Photo : Google

Beliau  dilahirkan  pada 19 September 1991 dan berasal dari ranau,Sabah.Beliau sudah pun berkahwin dengan “Datuk Seri Adnan Abu”.

Image result for adira suhaimi
Sumber Photo : Google

2.Zizi kirana

Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil atau  dikenali  sebagai ” Zizi kirana” .Beliau  adalah seorang penyanyi,pelakon dan produser Malaysia. Beliau merupakan “bintang Akademi Fantasia” musim 7 pada tahun 2009. Beliau menyertai  porgram realiti Akademi Fantasia musiam ketujuh meskipun  gagal bertahan sehingga  ke peringkat akhir.

Image result for zizi kirana
Sumber Photo : Google

Beliau mulai dikenali ramai selepas menyertai program realiti TV yang popular di Indonesia dan sangat dikenal di asia semenjak mengikuti D’Academy Asia (Musim 2) mewakili Malaysia.Zizi kirana dilahirkan 23 januari 1985 dan berasal dari semporna, Sabah.Beliau adalah penyanyi yang berpenampilan seksi.

Image result for zizi kirana
Sumber Photo: Google

3.Didi Astillah

Dayang Nazilah binti Awang Astillah atau dikenali sebagaiDidi Astillah”.Beliau adalah seorang penyanyi ,pelakon,pengacara dan penari.Didi telah  dilamar  oleh “Warner Music Malayisa” sebagai artis rakamannya pada tahun 2014 dan sekaligus menjadikan Didi buat pertama kalinya, bergerak secara solo dalam dunia seni.

Image result for didi astillah gambar
Sumber Photo : Google

Bersama  Warner Music Malaysia , Didi muncul dengan album solo pertamanya berjudul “Didi Astillah” yang menampilkan konsep muzik pop dance.Beliau  lahir pada 28 Ogos 1996 dan  berasal dari  sandakan,sabah.Beliau merupakan adik kepada Bella Astillah.

4.Azharina binti Azhar

Azharina binti azhar atau lebih dikenali sebagai “Azharina”.Beliau adalah seorang penyanyi,penerbit  rakaman,penulis lirik dan pengacara.Azharina merupakan seorang penyanyi pop Malaysia yang memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia sejak 2001. Beliau popular melalui lagu “Elegi Sepi”.

Image result for Azharina binti Azhar
Sumber Photo : Google

Azharina telah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program “Gegar Vaganza” (musim ke-3) yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Disember 2016 yang lalu dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.Beliau dilahirkan pada 11 Mac 1985 dan berasal dari Kota Kinabalu,Sabah.

5.Lia Natalia

Alia Afiqah binti Abden atau lebih dikenali sebagai Lia Nataliamerupakan pelakon dan model wanita Malaysia.Beliau mula dikenali umum selepas bergelar finalis pilih  musim ke-2 dan semenjak itu beliau telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.

Image result for Lia Natalia
Sumber Photo : Google

Beliau dilahirkan  pada 12 November 1992 di Tawau, Sabah. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik dan mempunyai darah kacukan daripada nenek moyangnya yang berasal dari Australia.

6.Adeline Tsen

Adeline Anthony Primus Tsen merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan model wanita Malaysia. Beliau banyak memegang watak antagonis dalam drama seperti  “Bukan Kerana Aku Tak Cinta”dan “Rindu Awak 200%”.

Image result for adeline tsen
Sumber Photo : Google

Beliau mula dikenali selepas membintangi drama bertemakan muzikal iaitu “Hotel Mania” hasil terbitan KRU Studios pada tahun 2010. Adeline berasal dari Kota Belud, Sabah dan menganut agama Kristian serta mempunyai darah keturunan Cina Kadazan  . Beliau juga merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik. 

7.Bella Dally

Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai “Bella Dally” merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Bakat beliau dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor  menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan,“Pilih Kasih”  musim pertama pada 2009, dan sejak itu beliau telah berlakon dalam beberapa drama TV, filem dan telefilem.

Image result for bella dally
Sumber Photo : Google

Bella dilahirkan pada 27 September 1991 dan berasal dari Kota Kinabalu,Sabah.Beliau merupakan bekas isteri kepada pelakon Malaysia iaitu Nazim Othman dan telah pun berkahwin untuk kali ke -2.

8.Daphne Iking

Daphne Iking  seorang peragawati , pengacara, dan pelakon wanita Malaysia, Beliau juga pernah mengacarakan program “The Breakfast Show”di ntv7.Beliau pernah memenangi “Unduk Ngadau Kaamatan Sabah” 2003 mewakili Lembah Klang dan bergelar juara Unduk Ngadau Kaamatan Sabah tahun 2003.

Image result for daphne iking
Sumber Photo : Google

Daphne adalah penganut agama kristian tetapi telah pun memeluk Islam setelah  bernikah dengan seorang usahawan Melayu, Azmi Abdul Rahman melalui majlis pernikahan secara tertutup.Beliau dilahirkan pada 6 Julai 1978 dan berasal dari Keningau,Sabah.

Image result for daphne iking
Sumber Photo : Google

9.Sandra Dianne 

Sandra Dianne merupakan Artis tempatan Sabah yang telah memasuki Industri nyanyian Malaysia sejak dahulu lagi.Beliau adalah artis naungan “Label Indigital”.Beliau dikenali kerana lagunya yang telah viral iaitu “Hey Kau”.Sandara berasal dari Tuaran,Sabah.Beliau sangat aktif dalam bidang nyanian yang sangat diminatinya.

Image result for sandra dianne hey kau
Sumber Photo : Google

10.Velvet Aduk

Velvet Lawrence Aduk atau lebih dikenali sebagai “Velvet” merupakan salah seorang pelajar “Akademi Fantasia musim” ke-4.Velvet merupakan artis Sabah yang sangat popular dengan lagu “Sumandak Sabah” nyanyian gabungan bersama Marsha Millan.

Image result for velvet aduk
Sumber Photo : Google

Beliau sekali lagi berkolaborasi lagu dengan Marsha Millan iaitu “Oi Gaman”.Velvet dilahirkan pada 14 Februari 1987,Penampang,Sabah dan  berkahwin dengan Richael Gimbang iaitu vokalis Estranged.

Kesimpulan

Dengan adanya bakat kelahiran anak jati Sabah ini telah menaikkan industri muzik dan lakonan di Malaysia.Semoga mereka kekal dalam industri yang mereka ceburi.Yang paling penting jati diri sebagai anak sabahan perlu dikekalkan.